Tuesday, 20 August 2013

Monyet Belanda (Proboscis Monkey)

Alhamdulillah, akhirnya keinginan saya dan kawan2 untuk ke Bako National Park, Kuching Sarawak terlaksana. Pemergiaan kami ke Taman Negara Bako bukanlah bertujuan untuk 'holiday' or suka-suka, tetapi kami ke sana adalah untuk melengkapkan satu proposal bagi sebuah projek international..

Ini adalah sebahagian daripada ahli group saya yang ke Bako National Park. Mojoritinya teman2 daripada pelajar zoology serta ada juga daripada jabatan Kimia dan Bioteknologi. Terdapat lagi ahli group yang tidak dapat hadir atas sebab2 tertentu..




Mungkin anda tertanya-tanya (saya rasalah) tentang apa projek proposal yang kami buat kan?? Mungkin ada juga tertanya-tanya kenapalah Taman Negara bako yang dipilih..nk tahu apa sebabnya...
Haa!!..ni lah sebabnya..



Proboscis monkey ataupun dikenali sebagai monyet belanda atau dalam bahasa Latin, Nasalis larvatus ni merupakan antara species yang terancam (endangered species) seperti yang teramaktub dalam  IUCN Red List Of Threatened Species. Jadi, apabila sesuatu spesis tu dikategorikan terancam, maka ianya mestilah dipelihara dan dipulihara supaya tidak pupus.

Kebiasaanya, monyet ini boleh didapati di tiga buah negara berdekatan seperti Brunei, Malaysia dan Indonesia. Seperti apa yang pernah saya baca, monyet ni punyai perut yang besar disebabkan oleh sistem penghadamannya. Dalam sistem penghadaman monyet ini, terdapat satu proses penghadaman yang mana ianya menghasilkan gas yang banyak di dalam perut. Jadi, keadaan ni secara tidak langsung menyebabkan perut monyet ini menjadi buncit.

Ciri yang amat penting dalam membezakan jantina monyet belanda ni adalah dengan melihat pada hidungnya. Bagi monyet jantan,kebiasaannya hidungnya agak besar dan menonjol ke hadapan berbanding dengan monyet betina yang punyai saiz hidung yang lebih kecil. Dan salah satu fungsi hidung monyet jantan yang besar adalah untuk memudahkan mereka berkomunikasi di dalam kawanan masing-masing dengan mengeluarkan bunyi seakan-akan seperti bunyi 'horn'. 

Monyet belanda ini kebiasaanya boleh didapati di beberapa kawasan seperti hutan simpan dan taman negara. Sebagai contoh,  Danau Sentarum National Park, Gunung Palung National Park, Kendawangan Nature Reserve, Kutai National Park, Lesan Protection Forest, Muara Kaman Nature Reserve, Mandor Reserve and Tanjung Puting National Park in Indonesia; Bako National Park, Gunung Pueh Forest Reserve, Kabili-Sepilok Forest Reserve, Klias National Park, Kulamba Wildlife Reserve, Lower Kinabatangan Wildlife Sanctuary, Sungei Samunsam Wildlife Sanctuary dan Ulu Segama Reserve.

Ok, jika pembaca ingin tahu lebih lanjut tentang monyet ni, boleh search google "proboscis monkey' atau 'monyet belanda'. 

Selamat membaca